;

Friday, October 10, 2008

MAJLIS BACAAN YASIN PMR DAN SPM

Tarikh: 8 Oktober 2008 (Rabu)
Tempat: Dataran Tun Mahathir, SMK Seri Perak
Masa :Selepas Solat Maghrib

Setiap kali peperiksaan awam menjelang, pasti pihak sekolah akan mengadakan Majlis Bacaan Yasin. Majlis ini anjuran PIBG, jadi jemputannya terdiri daripada ibubapa serta guru.
Semoga doa yang dipanjatkan agar kejayaan menjadi milik anak-anak kita menjadi kenyataan.. Amin.

Pada hari ini juga SMKSP menerima berita duka dengan pemergian ayah Cikgu Norsuhaida kembali ke rahmatullah. Kami di sini mengucapkan takziah kepada Cg Norsuhaida dan keluarganya. Inna Lillah Wa Inna Ilaihi Rajiun. Al-Fatihah untuk arwah.

3 comments:

Anonymous said...

Alhamdullillah...ramai ibu bapa yang turut serta dalam majlis tersebut...walaupun hujan turun lebat sebelum solat magrib...ramai juga bekas guru yang hadir...Pn S Ruhana...Pn Masri...Pn Mahani...dan beberapa orang lagi...Tapi ramai juga ibu bapa yang balik sebelum menikmati jamuan malam tu..banyak lauk dan nasi berlebihan...nasib baik ada pelajar asrama menyelamatkan keadaan...agaknya tido kekenyangan malam tu...

dp3793 said...

Alhamdullilah ramai ibu bapa yang hadir memberi sokongan dan suntikan semangat terhadap program yang dijalankan...walaupun hujan lebat yang turun sebelum magrib...tetap tidak mematah semangat ibu bapa dan pelajar untuk hadir...walau bagaimanapun ramai ibu bapa yang pulang sebelum sempat menjamu selera...banyak lauk dan nasi tak habis...rezeki budak asrama malam tuh...tido dalam kekenyangan bdk2 tuh

dp3793 said...

takziah