;

Saturday, November 7, 2009

MALAM SEMERAH SAGA SEPUTIH SALJU

TARIKH : 7 NOVEMBER 2009
TEMPAT: PUTERI 1, HOTEL EMERALD PUTERI, SUNGAI PETANI
MASA: 8.00 - 10.30 MALAM
ANJURAN: KGKT SMK SERI PERAK






Sunday, November 1, 2009

LADAP- KURSUS PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL

TARIKH: 31 OKTOBER 2009
TEMPAT: DEWAN MALINJA, PPD KERIAN
MASA: 8.00 PAGI - 2.00 PETANG
PESERTA: SEMUA GURU DAN STAFF BUKAN MENGAJAR SMK SERI PERAK

Kursus ini merupakan Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) yang terakhir bagi tahun ini bagi mencukupkan 7 hari LADAP yang perlu dihadiri oleh kakitangan awam setiap tahun.
Bertujuan memberi pendedahan kepada peserta tentang etika dan protokol dalam majlis-majlis rasmi termasuk etika berpakaian, penampilan, pengendalian majlis, cara berjalan, keluar masuk kenderaan, etika di meja makan dan sebagainya.

Kursus ini dilihat dibuat pada waktu yang sesuai kerana minggu hadapan warga SMK Seri Perak akan menghadiri Jamuan Akhir Tahun yang akan diadakan di Hotel Emerald Puteri Sungai Petani. Sedikit sebanyak pengetahuan yang dikutip dari kursus ini akan dipraktikkan pada majlis makan malam tersebut... kita tunggu dan lihat...

Terima kasih diucapkan kepada penceramah jemputan, Puan Hajah Junaidah bt. Abdul Wahab di atas perkongsian ilmu tersebut...


Pn. Hajah Junaidah, Penolong Kanan SMK Muzaffar Shah yang juga merupakan bekas Penolong Kanan HEM SMK Seri Perak menyampaikan ceramah dalam suasana santai dan mesra.



Peserta kursus...
sekali-sekala Dewan Malinja gamat dengan gelak ketawa para peserta apabila ada unsur-unsur humor yang diselitkan oleh penceramah.


Saturday, October 24, 2009

HARI ANUGERAH KOKURIKULUM 2009

TARIKH :22 OKTOBER 2009 (KHAMIS)
TEMPAT : DEWAN MAKAN ASRAMA SMK SERI PERAK
MASA :12.30 TGH HINGGA 2.00 PTG






Perasmi merangkap Yang DiPertua PIBG, En. Mohd Shafie












Pelajar Gemilang Kokurikulum (P) Nur Athirah Shuhada bersama pelajar Gemilang Kokurikulum (L) Mohd Muaz b. Hj. Rosli

Friday, October 16, 2009

MAJLIS PERSARAAN TEACHER HAJAH AISHAH DAN JAMUAN RAYA PERDANA

TARIKH : 15 OKTOBER (KHAMIS)
TEMPAT : DATARAN TUN MAHATHIR, SMK SERI PERAK

Setelah 27 tahun menyumbang bakti sebagai tenaga pengajar di SMK Seri Perak, akhirnya Puan Hajah Aishah bt. Yusof akan bersara pada hari lahirnya yang ke-56 pada 18 Oktober 2009. disebabkan tarikh persaraannya jatuh pada Hari Ahad, maka majlis meraikan persaraannya diadakan lebih awal iaitu pada 15 oktober 2009 serentak dengan Jamuan Raya Perdana (jam 11.00 pagi hingga 1.00 tengahari), manakala majlis send-off diadakan pada Hari Jumaat mulai jam 11 pagi.

Untuk Jamuan Raya Perdana, seekor lembu telah ditumbangkan dengan bayaran RM3.00 per kepala tetapi segala urusan memasak diserahkan kepada pihak katering.

Pada majlis persaraan telah diadakan Bacaan Yasin, ucapan, penyampaian sijil dan cenderamata kepada Puan Hajah Aisyah dan juga persembahan sajak dan nasyid.

Untuk melihat gambar berkaitan sila lihat slideshow di bawah. Untuk mute-kan lagu/muzik pada slideshow sila klik gambar sound...







Wednesday, October 7, 2009

PMR datang lagi...

Hari ni semua calon PMR akan menduduki peperiksaan... Peperiksaan bermula dari tarikh 7-9, 12-13 Oktober.. Diharapkan semua calon dapat menjawab dengan baik dan berjaya..

DATA CALON 2009:

Pusat AD006 - 141 calon
2 calon pindah

Pusat AD007 - 123 calon + i calon menumpang


GOOD LUCK N DO D BEST...

Tuesday, September 8, 2009

Nak tengok?

Klik di sini
http://pusatmotivasiattaqwa.blogspot.com/2009/08/smk-seri-perak-pbuntar-doa-anak-soleh.html

Friday, September 4, 2009

KENAPA KAABAH BERBENTUK SEGIEMPAT

Mengapa ia terletak di Mekah al-Mukarramah dan mengapa ia empat persegi(cuba). Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya Ka'bah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi. Dalam diri-diri kamu ada kebesaran Tuhan". Doktor menyuruh kita melihat kedua tapak tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita. Garisan-garisan di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 = 99 iaitu bilangan nama Allah.

Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:-
1. Cara makan, Kenapa kita gunakan tangan? Mengikut cara Rasulullah s.a.w, beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya (yang last tu), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya.

Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yang kiri. Ini adalah kerana enzim yang ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.

Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yang diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dengan satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yang paling berkhasiat untuk kita.

Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Doktor dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang
sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

2. Cara Rasulullah mengunyah - Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.

3. Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.

Cara Rasulullah minum:-
Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yang besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yang besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita.

Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dengan air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic. Jangan meniup
air yang panas, sebabnya sama diatas.

Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis. Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina, dan merejam sehingga mati orang yang sudah berkahwin yang berzina?

Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yang dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia. Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri. Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu.Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin,walaupun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibodi sahaja, jadi dengan itu hukumannya direjam hingga mati agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV itu.

Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yang disampaikan oleh dari Jamnul Azhar. Harap ia akan memberi manfaat pada anda sekalian, dan sedikit informasi yang diberikan oleh Mudaris(guru) ana, Mudaris Iskandar mengenai Ka'bah.

Mengapa ia terletak di Mekah al-Mukarramah dan mengapa ia empat persegi(cuba). Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya Ka'bah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi.

Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju bersama,equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang yang berada diatas setelah ia memijak-mijak yang lain. Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafi'i, melambangkan kebenaran keempat-empat Imam tersebut.

Sunday, August 30, 2009

HADIS RAMADHAN

Nabi Muhammad s.a.w. sangat menggalakkan kita berbuka dengan rutab (kurma segar) , atau dengan tamar (kurma kering), atau dengan air. Daripada Anas r.a. katanya :
"Adalah Rasulullah s.a.w. berbuka dengan kurma segar (rutab) sebelum solat Maghrib, jika tidak ada baginda s.a.w. berbuka dengan kurma kering (tamar), jika tidak ada baginda s.a.w. minum beberapa teguk air."
( H.R. Abu Daud dan Al-Hakim , Tirmidzi. Menurut Al-Hakim : Sahih ; Menurut Tirmidzi : Hasan )

Friday, August 21, 2009

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN DAN SELAMAT BERCUTI

Ramadhan 1430H kini menjengah... esok umat Islam mula akan berpuasa... menyempurnakan Rukun Islam yang ketiga...

Bersamalah kita menghidupkan Ramadhan... siangnya dengan memperbanyakkan membaca Al-Quran dan berzikir... malamnya dengan solat Terawih dan tahajjud, qiamullail...
Ganjaran pahalanya dinaikkan sehingga 700 kali ganda berbanding bulan-bulan lain...

Bermula malam ini sama-samalah kita memenuhi saf surau dan masjid untuk bersama-sama melakukan solat sunat terawih... bagi yang tidak berkesempatan untuk ke masjid juga jangan lupa melakukannya di rumah...

Bagi warga pendidik dan pelajar sekolah, selamat bercuti... gunakanlah peluang ini untuk merebut Tawaran Hebat Ramadhan...

Jaga diri... Hiasi peribadi...

Tuesday, August 11, 2009

PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR 2009

SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN PERCUBAAN..
10 HINGGA 14 OGOS 2009

Mudah-mudahan para calon PMR 2009 dapat menjawab dengan jayanya...

Tahun ni mencabar sikit sebab pihak sekolah terpaksa sediakan Bilik Kuarantin.. Calon2 yang ada rasa tanda-tanda H1N1 sila maklumkan kepada guru-guru untuk dikuarantinkan...
Untuk peperiksaan percubaan pihak sekolah menggunakan 1 dewan dengan calon seramai 161 orang iaitu calon dari kelas 3G, 3B, 3A1, 3A2, dan 3A3 manakala 3 kelas lagi untuk calon dari kelas 3A4, 3A5 dan 3A6...
Walau di mana pun anda berada... be the best.....
USAHALAH DEMI KEJAYAAN ANDA!!!!!!!

Tuesday, August 4, 2009

Doa Memohon Hindari Dari Wabak

Umum sudah mengetahui bahawa kita sekarang berhadapan dengan wabak yang boleh membunuh yang dibawa oleh virus H1N1 iaitu penyakit Influenza A.
Langkah-langkah untuk mencegah penyakit ini daripada merebak sudah diwar-warkan oleh Kementerian Kesihatan melalui pelbagai saluran...
Di samping kita berusaha untuk mencegahnya melalui langkah-langkah seperti memakai penutup mulut dan hidung serta kerap mencuci tangan dengan air dan sabun, jangan lupa berdoa kepada Allah agar dijauhkan kita dan keluarga kita daripada penyakit berjangkit ini...
Kerana sesungguhnya hanya Dia sahaja yang dapat menyelamatkan kita dari bala bencana yang didatangkanNya sebagai UJIAN atau BALA.

Ya Allah, kepadaMu kami memohon perlindungan.

Sunday, July 26, 2009

HARI KOKURIKULUM & KEUSAHAWANAN 2009

Tarikh: 25 Julai 2009 (Sabtu)
Tempat: SMK Seri Perak
Pengisian:
-Perkhemahan Unit Beruniform (Jumaat malam Sabtu)
-Gerai jualan (Kelab/Persatuan/Unit Beruniform)
-Pertandingan Memasak
-Pertandingan Mewarna kanak-kanak
-Pertandingan Sepak raga bulatan
-Pertandingan Bola jaring
-Cabutan bertuah


TANGAN TERBAKAR KERANA BERI IBU MINUM

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya.


"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang
kamu sorokkan di tanganmu?"

Lalu gadis malang ini pun menceritakan hal yang berlaku padanya :- "Ya, Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi.

"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku." Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut."Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata."
Gadis itu berhenti seketika menahan sebak. "Kemudian ku lihat di tangan kirinya ada seketul keju dan di tangan kanannya ada sehelai tuala kecil.

Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran Islam dan isteri yang taat kepada suaminya?
Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.



Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi. Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menaggung azab di neraka. Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia ku lihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama.

Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika di dunia.

Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka.

Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur. Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk.

Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah. Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir di pipi.

Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat Islam.
Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.

Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah....Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu. Mudah- mudahan segala dosanya terampun. INSYALLAH"

"WAR-WARKANLAH KPD SELURUH UMAT MUHAMMAD UNTUK SECEBIS PEDOMAN AGAR TIDAK MENGAMAL SIKAP KEBAKHILAN TERHADAP SESAMA MANUSIA...........SEBARKANLAH.

Monday, July 20, 2009

KEM BINA INSAN 2009

TARIKH: 17-19 JULAI 2009
TEMPAT: ETIKA RIA RESORT, TRONG
ANJURAN: PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

Seperti tahun-tahun sudah, Panitia Pendidikan Islam menganjurkan program Qiamullail bagi para pelajar yang bakal menduduki SPM. Biasanya program ini hanya diadakan di sekolah sahaja, tetapi pada tahun ini program ini telah dirancangkan dibuat di luar dari kawasan sekolah. Akhirnya atas saranan pengetua, Etika Ria Resort di Sungai Tinggi, Trong dipilih menjadi lokasi untuk program tersebut. Program 3 hari 2 malam ini dinamakan Kem Bina Insan. Pesertanya terdiri daripada 47 orang pelajar perempuan dan 40 orang pelajar lelaki Tingkatan 5.

Banyak pengisian yang dirancangkan seperti ceramah agama, ceramah motivasi, qiamullail, bengkel (LDK), kembara ilmu (explorace) praktikal sembelihan dan BBQ. Tetapi kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan.

Disebabkan beberapa masalah di lokasi seperti tekanan air yang perlahan, jarak dan kemudahan bilik air yang terhad, banyak masa dihabiskan untuk pengurusan diri... akhirnya bengkel tidak dapat dijalankan... yang menimbulkan sedikit ralat di pihak penganjur.

Apapun, beberapa slot yang dijalankan sekurang-kurangnya mampu memberi sedikit input kepada para peserta kem.

Jika ada rezeki, InsyaAllah program seumpama ini akan diteruskan pada tahun-tahun akan datang, mungkin di lokasi yang lain pula.

Peserta lelaki bergambar kenangan bersama guru-guru dan pengetua

Peserta puteri bersama guru-guru dan pengetua


Thursday, July 16, 2009

RENUNGAN

Kisah Empat Isteri

Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. Dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini. Aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal. Aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang. Aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini. Aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku?" Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku...aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu."Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa.

Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu. Aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang Lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."

Pembaca sekalian, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;
ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada! yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya.Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi.Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk Terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah.Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.

Wednesday, June 24, 2009

MENCERAP BINTANG

Sempena Minggu Sains dan Matematik yang sedang berlangsung, Panitia Sains telah menjemput seorang ahli kaji bintang untuk memberi penerangan tentang matahari, bintang, bulan dan galaksi.



Dan semalam, pelajar telah diberi peluang untuk melihat matahari melalui teleskop yang diadakan di Makmal Fizik.



Manakala malam tadi pula, bertempat di lapangan asrama pelajar dan guru telah berpeluang melihat Planet Zuhal yang unik itu.

Sayangnya tidak semua pelajar berpeluang melalui pengalaman ini disebabkan masalah tempat dan kemudahan. Sekiranya semua pelajar berpeluang melihat tanda-tanda kekuasaan Allah S.W.T dengan mata kepala sendiri sekurang-kurangnnya dapat menyedarkan diri betapa kerdilnya kita di sisi Allah S.W.T.

Dan ia juga boleh menimbulkan minat di kalangan pelajar untuk menguasai bidang astrologi selaras dengan hasrat kerajaan melahirkan lebih ramai rakyat yang menguasai bidang angkasa lepas pada masa akan datang.

Wednesday, June 17, 2009

9 Sebab Hati Tidak Bahagia

Antara sifat mazmumah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah
- paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2 . Pendendam
-tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki
- amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil
- sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia.

5. Tamak
- orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut…walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak…lagipun org tamak selalu rugi..
** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar
- andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego
- ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak
- terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada...

9. Cinta dunia
- tidak dapat menderita, …dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya.. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah… Cinta dunia merupakan “neraka dunia” kerana dunia itu “panas” akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMAH.
Makin tinggi mazmumah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmumah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya.
So. sama-samalah kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain…andai kita terleka dengan dunia buruklah padahnya.

Wallahua'lam”

Sumber : Bicara Agama, http://www.sabahdaily.com/2009/06/9-sebab-hati-tidak-bahagia/

Tuesday, May 19, 2009

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

Tarikh: 18 Mei 2009
Masa : 11.00pg - 1.00 tgh
Tempat: Dataran Tun Mahathir



Cg Aliza, Cg Norazlina dan Ustz Masda ````````````Cg Norhayati dan Cg Rohani


Pengacara majlis, Cikgu Azizah


Ustz Noraini, teacher Norsalewati & Cg. Zarina` "Kami guru Malaysia... Berikrar dan berjanji...

Mendidik dan memimpin... putera puteri negara kita..."




Kad ucapan Hari Guru daripada pelajar-pelajar SMKSP ***** Tn. Hj Rahim & Sir Azmi

Guru-guru Kanan ``````````````````````````Pengerusi KGKT, Cg Tahir dan Sir Azli

Hmmm... macam-macam gaya ada...


Pelajar bersama guru kesayangan

Merenung atau termenung???###################### Macam Ahli Parlimen.....

Guru-guru SMK Seri Perak @-@-@-@-@-@-@-@ Cik Ku Norhayati dan Pn. Siti
Kek Sponsor daripada Bank Rakyat *************Masa yang dinantikan... jamuan...
Menjamu selera...