;

Saturday, February 28, 2009

3 JOHAN, 2 NAIB JOHAN


NAMA AKTIVITI:MAJLIS TADARUS AL-QURAN (MTQ)
PERINGKAT:ZON PARIT BUNTAR
TARIKH:28 FEB. 2009
TEMPAT: SABK AL-FALAH, PARIT TOK NGAH



Tahniah kepada team SMK Seri Perak, para jurulatih dan juruletih kerana telah memenangi beberapa acara yang disertai di dalam MTQ kali ini. Acara-acara tersebut ialah:

1) Nasyid - Johan: Kumpulan Al-Mukminun
2) Marhaban - Johan: Kumpulan Az-Zaakirin
3) Syarahan agama (P) - Johan : Nor Amanina bt. Ruslan (2G)
4) Syarahan agama (L) - Naib Johan : Isma Daniel
5) Hafazan (L) - Naib Johan : Khairul Anwar
6) Khat (P) - Tempat ke-3 : Nurnajati Aqilah bt. Mohd Faisal (3G)

Sayangnya pasukan kita 'terlepas' dua tempat dalam Pertandingan Tilawah Al-Quran kerana tersalah memilih surah bagi kategori sekolah rendah (kesilapan yang tidak disengajakan), walaupun bacaannya amat baik tetapi dibatalkan.

Keseluruhannya pasukan SMK Seri Perak tetap membanggakan walaupun pada tahun ini kita tidak dapat mengekalkan pasukan terbaik yang dimenangi pada tahun lepas. Pada tahun ini tuan rumah iaitu SABK Al-Falah memenangi pasukan terbaik keseluruhan setelah mendapat tempat bagi 7 acara.

Tahun depan, Insyaallah SMK Seri Perak pula akan menjadi tuan rumah MTQ Zon Parit Buntar. semoga tahun depan pasukan kita dapat mengungguli semua acara yang dipertandingkan, amin...



2 comments:

Anonymous said...

Tahniah kepada ustazah2 yang bertungkus lumus...juga kepada tuan hj ab rahim...guru vokal marhaban tuh...

zRuss0611 said...

ada sape2 nak bagi sponsor boleh hubungi ketua panitia pend' Islam kesian kat kami dok pakai baju sama jer...