Isteri-isteri Rasulullah :
1)Khadijah binti Khuwailid r.a.
2)Saudah binti Zum'ah r.a.
3)Aisyah binti Abu Bakar r.a.
4)Hafsah binti Omar Al-Khattab r.a.
5)Zainab bin Jahsyin r.a.
6)Zainab binti Khuzaimah r.a.
7)Ummu Salamah (Hindon binti Abi Umaiyah) r.a.
8)Ummu Habibah (Ramlah binti Abi Sufian) r.a.
9)Juwairiyah binti Al-Harith r.a.
10)Maimunah binti Al-Harith
11)Safiah binti Hoiyi bin Ahtab r.a.
12)Mariyah Al-Qibtiyah
Hanya seorang sahaja isteri Rasulullah yang gadis ketika berkahwin dengan baginda iaitu Aisyah binti Abu Bakar Al-Siddiq.
Manakala yang lainnya adalah janda atau balu yang kematian suami.
Jika dilihat kepada sirah, tujuan Rasulullah s.a.w. mengahwini seseorang isteri baginda selain daripada diperintah oleh Allah s.w.t. dan membela nasib balu syuhada' ialah sebagai strategi dakwah Islamiyyah itu sendiri. Apabila baginda mengahwini wanita janda dari sesuatu kaum, mereka rasa dihormati lalu kaum tersebut memeluk Islam. Jadi perlu ditegaskan bahawa Rasulullah bukan berkahwin kerana mengikut kata hati / nafsu.
Anak-anak Rasulullah dengan Khadijah :
1) Al-Qasim
2) Abdullah
3) Zainab
4) Ruqaiyah -berkahwin dgn Uthman b. Affan
5) Ummu Kalthum-berkahwin dgn Uthman b. Affan
6) Fatimah- berkahwin dgn Ali b. Abi Talib
Anak Rasulullah dengan Mariyah Al-Qibtiyah :
1) Ibrahim
Kesemua anak lelaki Rasulullah s.a.w. meninggal dunia ketika masih di usia kecil. Hikmahnya ialah untuk menolak fahaman yang menganggap anak Rasulullah akan jadi rasul seterusnya, kerana telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah penutup segala nabi. Wallahu a'lam bissowab.
KEM IMTIYAZ PENDIDIKAN ISLAM PMR/SPM 2010
14 years ago
No comments:
Post a Comment