;

Tuesday, January 20, 2009

PELANCARAN TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR SIDANG PETANG

Nama acara: Majlis Pelancaran Tabung Kebajikan Pelajar SMKSP (Sidang Petang)
Tarikh: 19 Januari 2009 (Isnin)
Tempat: Dataran Tun Mahathir (semasa perhimpunan mingguan)
Perasmi: En. Rashid b. Japar (Penolong Kanan Petang SMKSP)



Badan Kebajikan pelajar (sidang petang) adalah di bawah kelolaan Puan Rosnah bt. Sulaiman dan En. Mohd Najeeb b. Abd. Rahim. Badan ini bertanggungjawab mencari dana melalui kutipan derma bagi membantu pelajar-pelajar yang memerlukan atau ditimpa musibah seperti kebakaran, kematian ibubapa dan seumpamanya. Pada tahun ini, badan kebajikan pelajar
mengambil inisiatif untuk mengadakan kutipan derma ikhlas setiap hari Jumaat dari kelas ke kelas bagi memberi peluang kepada pelajar dan juga guru yang ada sedikit kemampuan membantu rakan-rakan atau murid yang memerlukan.

Hasil kutipan derma setiap minggu akan dimasukkan ke dalam Tabung Kebajikan Pelajar (Sidang Petang) dan akan digunakan untuk membantu individu yang memerlukan.

Semoga melalui amalan ini, para pelajar terdidik untuk menjadi warga yang prihatin dan sensitif terhadap masyarakat sekeliling. "Erti Hidup Pada Memberi".


En. Rashid Japar (PK Petang) telah merasmikan Pelancaran Tabung Kebajikan Pelajar.



Guru-guru turut menghulurkan sumbangan masing-masing pada hari pelancaran.

Jazaakumullahu khairan katsiiraa...

No comments: