;

Sunday, January 18, 2009

MAJLIS 'ASYURA

Nama Program: Majlis 'Asyura
Tarikh: 17 Januari 2009
Tempat: Lot Parking (Belakang Bengkel KH)
Anjuran: Kelab Guru dan Kakitangan dgn kerjasama pelajar asrama



Seperti tahun-tahun lepas, KGKT SMKSP telah menganjurkan majlis membuat bubur asyura sempena bulan Muharam 1430H. Pn. Siti Ajar dipertanggungjawabkan memastikan bubur asyura ini 'menjadi'. Tahun lepas pun beliau juga yang menjadi 'chef'. Kali ini pun bubur asyura disediakan sebanyak 3 periuk besar (periuk je besar... asyuranya separuh je...)

Guru-guru lain diberi tugas pra-memasak seperti merebus kacang, keledek dan lain-lain yang diperlukan dan dibawa ke tempat memasak pada hari tersebut. Asyura yang disediakan tentulah asyura Perak. Hasrat nak merealisasikan asyura Kelantan pada tahun ni tak terlaksana... satu sebab tiada bahan 'rempah asyura', dan satu lagi, ada ke yang sanggup tunggu asyura tu sampai petang???


Program ini mendapat kerjasama daripada pelajar-pelajar asrama yang berpeluang menunjukkan 'ketereran' masing-masing mengacau bubur asyura. Kalau tiada tenaga muda diorang agaknya tak masaklah bubur asyura kita. Terima kasih semua...

Makan sebelum 'berjuang'... Pemerhati...









Awatnya chef? Depa salah kacau ke??? Ikut arah jam ke lawan arah jam?


Bahan-bahan bubur asyura





Kacau jangan tak kacau, jangan sampai hangit













Gambar bawah: Cikgu Tahir (pengerusi KGKT)
sedang membuat penilaian rasa bubur asyura
periuk pertama. Sedap tak???

















Periuk terakhir...



Bantuan makanan sedang dicatu...
Semua orang dapat, jangan risau.

No comments: