;

Monday, July 20, 2009

KEM BINA INSAN 2009

TARIKH: 17-19 JULAI 2009
TEMPAT: ETIKA RIA RESORT, TRONG
ANJURAN: PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

Seperti tahun-tahun sudah, Panitia Pendidikan Islam menganjurkan program Qiamullail bagi para pelajar yang bakal menduduki SPM. Biasanya program ini hanya diadakan di sekolah sahaja, tetapi pada tahun ini program ini telah dirancangkan dibuat di luar dari kawasan sekolah. Akhirnya atas saranan pengetua, Etika Ria Resort di Sungai Tinggi, Trong dipilih menjadi lokasi untuk program tersebut. Program 3 hari 2 malam ini dinamakan Kem Bina Insan. Pesertanya terdiri daripada 47 orang pelajar perempuan dan 40 orang pelajar lelaki Tingkatan 5.

Banyak pengisian yang dirancangkan seperti ceramah agama, ceramah motivasi, qiamullail, bengkel (LDK), kembara ilmu (explorace) praktikal sembelihan dan BBQ. Tetapi kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan.

Disebabkan beberapa masalah di lokasi seperti tekanan air yang perlahan, jarak dan kemudahan bilik air yang terhad, banyak masa dihabiskan untuk pengurusan diri... akhirnya bengkel tidak dapat dijalankan... yang menimbulkan sedikit ralat di pihak penganjur.

Apapun, beberapa slot yang dijalankan sekurang-kurangnya mampu memberi sedikit input kepada para peserta kem.

Jika ada rezeki, InsyaAllah program seumpama ini akan diteruskan pada tahun-tahun akan datang, mungkin di lokasi yang lain pula.

Peserta lelaki bergambar kenangan bersama guru-guru dan pengetua

Peserta puteri bersama guru-guru dan pengetua


2 comments:

cikyah.blogspot said...

SELAMAT BERJAYA

cikyah.blogspot said...

Assalamualaikum... salam kenal dr saya.. ex-student 89-93.