;

Friday, September 26, 2008

Majlis Penyampaian Sumbangan Duit Raya

Tarikh: 26 September 2008
Tempat: Dataran Tun Mahathir
Masa: 4.30 - 5.30 ptg

Penolong Kanan Petang, En. Rashid Japar dan penolong PK Petang, En. Mohd Najeeb sedang membahagikan duit raya sumbangan pihak sekolah sebanyak RM1 seorang kepada setiap pelajar termasuk pelajar bukan Islam. Bagi pelajar-pelajar yang terpilih turut menerima duit raya hasil sumbangan guru-guru sebanyak RM10 seorang. Pelajar-pelajar lelaki bersalaman dengan guru-guru lelaki sebelum pulang. Mohon maaf atas segala dosa dan kesalahan yang dilakukan...
Puan Fatimah membahagikan duit raya kepada pelajar-pelajar perempuan tingkatan satu
manakala Ustazah Hajah Noraini membahagikan duit raya kepada pelajar-pelajar tingkatan dua.

"Selamat Hari Raya cikgu, maaf zahir dan batin"... pelajar bersalaman dengan guru-guru. Harapnya kalau ada kesalahan, janganlah diulangi lagi selepas ini. Semoga Ramadhan dan Syawal ini menghapuskan segala dosa antara sesama kita...

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 1429 H, MINAL 'AIDIN WAL FAIZIN...


Inilah dia Penolong Kanan Petang kita, En. Rashid b. Japar. Selamat Hari Raya Bos. Mohon maaf segala kekhilafan...

Dua orang puteri SMKSP sedang menunggu ibubapa datang menjemput pulang. Kalau nak kenal di sebelah kiri tu Nusaibah (1A1) dan di sebelah kanan Nor Zafiraa (1 Bestari).

No comments: