;
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Sunday, July 26, 2009

TANGAN TERBAKAR KERANA BERI IBU MINUM

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya.


"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang
kamu sorokkan di tanganmu?"

Lalu gadis malang ini pun menceritakan hal yang berlaku padanya :- "Ya, Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi.

"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku." Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut."Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata."
Gadis itu berhenti seketika menahan sebak. "Kemudian ku lihat di tangan kirinya ada seketul keju dan di tangan kanannya ada sehelai tuala kecil.

Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran Islam dan isteri yang taat kepada suaminya?
Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.



Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi. Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menaggung azab di neraka. Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia ku lihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama.

Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika di dunia.

Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka.

Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur. Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk.

Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah. Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir di pipi.

Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat Islam.
Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.

Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah....Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu. Mudah- mudahan segala dosanya terampun. INSYALLAH"

"WAR-WARKANLAH KPD SELURUH UMAT MUHAMMAD UNTUK SECEBIS PEDOMAN AGAR TIDAK MENGAMAL SIKAP KEBAKHILAN TERHADAP SESAMA MANUSIA...........SEBARKANLAH.

Thursday, July 16, 2009

RENUNGAN

Kisah Empat Isteri

Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. Dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini. Aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal. Aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang. Aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini. Aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku?" Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku...aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu."Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa.

Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu. Aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang Lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."

Pembaca sekalian, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;
ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada! yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya.Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi.Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk Terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah.Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.

Wednesday, June 17, 2009

9 Sebab Hati Tidak Bahagia

Antara sifat mazmumah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah
- paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2 . Pendendam
-tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki
- amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil
- sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia.

5. Tamak
- orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut…walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak…lagipun org tamak selalu rugi..
** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar
- andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego
- ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak
- terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada...

9. Cinta dunia
- tidak dapat menderita, …dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya.. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah… Cinta dunia merupakan “neraka dunia” kerana dunia itu “panas” akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMAH.
Makin tinggi mazmumah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmumah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya.
So. sama-samalah kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain…andai kita terleka dengan dunia buruklah padahnya.

Wallahua'lam”

Sumber : Bicara Agama, http://www.sabahdaily.com/2009/06/9-sebab-hati-tidak-bahagia/

Monday, April 27, 2009

Bukannya susah nak solat...








Hmm... Islam itu mudah, bukan susah sangat nak solat bukan? Asalkan ada kemahuan... kata orang antara nak dan tak nak je... kalau nak solat mcm mana pun diusahakan, tapi kalau tak nak solat, dikejar keliling sekolah pun tak jalan jugak... Ada yang makan cili ???

Friday, February 13, 2009

PERINGATAN BUAT UMAT ISLAM

LARANGAN MENYAMBUT VALENTINE’S DAY

UCAPAN seperti Happy Valentine’s Day, Will You Be My Valentine serta pemberian hadiah jambangan ros merah, belon berbentuk hati yang tertera I Love You, malah sehingga sanggup bertatu adalah antara sebahagian cara yang popular setiap kali tibanya Hari Kekasih atau Valentine’s Day pada setiap 14 Februari.

Umat Islam dilarang keras menyambut atau meraikan ’Hari Kekasih’ pada 14 Feb ini kerana sebab-sebab tertantu;
1- Valentine’s Day bukan perayaan yang dianjurkan dalam Islam, bahkan ia adalah tradisi dan ritual agama penganut Kristian.
2- Perayaan Valentine’s Day (Hari Kekasih) jelas merupakan acara yang jauh tersasar, bercanggah dan tiada kaitan dengan Islam.
3- Perayaan Hari Kekasih adalah simbol penghormatan kepada paderi kristian.
4- Menyambut hari kekasih bermakna meniru tingkahlaku orang kafir malah bukan sahaja satu budaya meniru bahkan tanda memberi sokongan kepada mereka.

Sejarah Hari Kekasih Perayaan Valentine’s Day atau Hari Kekasih dikaitkan dengan seorang paderi bernama Valentine @ Valentinus.. Siapakah dia St Valentine dan mengapakah beliau dikaitkan dengan perayaan Hari Kekasih di seluruh dunia ini?

Ada pelbagai versi asal-asul Hari Kekasih . Pihak gereja Katholik mengenal pasti sekurang-kurangnya tiga paderi bernama Valentine @ Valentinus yang dikaitkan dengan mitos ini. Ketiga-tiga paderi ini menerima pengakhiran hidup yang sama iaitu mati dibunuh.

Versi 1

St Valentine yang dikatakan sebagai seorang paderi yang berkhidmat dengan kerajaan Rom pada kurun ke-3 Masihi. Maharaja Claudius II mengeluarkan arahan melarang pemuda berkahwin dengan alasan pemuda bujang dapat memberi komitmen, taat setia dan khidmat yang lebih baik sebagai tentera Rom. St Valentine menganggap arahan Maharaja tidak adil. Lalu, secara rahsia terus mengahwinkan pasangan muda-mudi yang bercinta. Apabila kegiatan paderi ini terbongkar, Maharaja Claudius II memerintahkan beliau dihukum bunuh.

Versi 2

St Valentine dibunuh atas cubaan membebaskan tahanan beragama Kristian daripada kekejaman dan keganasan penjara kerajaan Rom. Sewaktu di penjara, dia bersahabat rapat dengan seorang gadis anak kepada pegawai penjara itu. Sebelum dibunuh, St Valentine menulis surat kepada kekasihnya itu dan menandatanganinya dengan ungkapan From Your Valentine.

Mengapakah 14 Februari dipilih sebagai merayakan perayaan hari memperingati kekasih ini?

Tanggal 14 Februari 269 Masihi adalah tarikh St Valentine dijatuhi hukuman mati. Lalu, untuk mengingati dan menghormati dirinya yang dianggap sebagai wira cinta, tokoh yang dikaitkan dengan sifat kasih sayang serta sanggup berkorban demi persahabatan, Pope Gelasius, pada 496 Masihi mengisytiharkan 14 Februari sebagai ‘St Valentine’s Day’. Sejarah St Valentine telah lama berlalu walaupun masih terus diselubungi misteri. Namun, sesuatu yang pasti, sambutan Hari Kekasih ini berkait rapat dengan tradisi penganut agama Kristian dan kepercayaan masyarakat Rom kuno.

Versi 3

Ia dirayakan sempena kejatuhan Islam di Cordova, Sepanyol. St. Valentine merupakan orang yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Dengan jasanya itu, Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 adalah tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim. Bayangkan kalau kita meraikan hari ini, sudah tentu ia menandakan kita sendiri merayakan kejatuhan agama Islam itu.

Hakikatnya, umat Islam perlu sentiasa diingatkan bahawa jangan mudah terikut dengan sesuatu perkara tanpa mengetahui asal usulnya, sejarah dan latar belakang serta terima sewenang-wenangnya tanpa memeriksa unsur kebatilan dan kekufurannya.

Firman Allah yang bermaksud;
Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungjawabnya. (Surah al-Isra’ ayat 36)

Sebagai orang Islam, kita mesti berusaha memelihara diri dan iman dan jangan mudah terkesan dengan perang psikologi dan budaya yang merosakkan ini. Namun sikap terikut-ikut ini pernah disebut dan ditegah oleh Baginda Rasulullah S.A.W dengan sabdanya yang bermaksud: “Nescaya kamu akan turut jejak langkah mereka (Yahudi dan Nasrani ) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang biawak. Lantaran sahabat bertanya: Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka.’’

Sumber:
posted by Mujahid Islam (http://www.mujahidinsandakan.blogspot.com/)

Tuesday, October 7, 2008

WANITA PERMATA


"Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia ,umpama kaca mata yang bersinar-bersinar,
tetapi tidak melihat apa-apa"

PEREMPUAN DICIPTAKAN BUKAN DARIPADA TULANG RUSUK ATAS
UNTUK MEMERINTAH, BUKAN DARIPADA RUSUK BAWAH UNTUK DIPIJAK,
TETAPI TERLETAKNYA RUSUK ITU DI BAHAGIAN DADA DAN BERDEKATAN
DENGAN TANGAN BERMAKNA TANGAN YANG MEMBELAI DAN HATI YANG
MEMPUNYAI PERASAAN DAN KASIH SAYANG.

WAHAI ANAK-ANAKKU... SEINDAH SEMALU

SEINDAH SEMALU

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

Puasa Sunat

Persoalan Puasa Sunat :

1. Bilakah hari-hari yang disunatkan berpuasa?
Hari-hari yang disunatkan berpuasa ialah :
1) Puasa 6 hari di bulan Syawal.
2) Puasa Rejab dan Sya'ban
3) 9 hari awal pada bulan Zulhijjah
4) 10 Muharram
5) Puasa hari Isnin dan Khamis
6) Puasa pada 13,14 dan 15 setiap bulan.

2. Apakah kelebihan berpuasa dalam bulan Rejab?
Bulan Rejab adalah antara empat bulan yang diharamkan umat Islam berperang di dalamnya, kerana ia adalah bulan yang dianggap mulia oleh orang-orang Arab sebelum Rasulullah s.a.w. Maka Islam datang mengekalkan pengharaman perang dalam bulan ini. Telah thabit dari Rasulullah s.a.w galakan agar umatnya banyak berpuasa pada bulan Rejab, kerana ia adalah bulan Haram. Namun, hakikat ganjarannya adalah rahsia Allah. Oleh tu, apabila seseorang itu berpuasa pada bulan Rejab, dan bulan-bulan haram yang lain, janganlah lakukannya kerana mengharap sesuatu ganjaran.
Diriwayatkan juga oleh Baihaqi dan Ibn Asakir, dan dinukil oleh Imam Nawawi dalam kitabnya Al-Adzkar, bahawa Rasulullah s.a.w berdoa yang berikut apabila masuk bulan Rejab:Ya Allah! Berkatilah untukku bulan Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah aku ke bulan Ramadan.Inilah dua hadith yang thabit dari Rasulullah s.a.w berkenaan bulan Rejab. Selain dari itu, hadith seperti ganjaran puasa setahun, air sungai di Syurga yang bernama Rejab, dan sebagainya, tidaklah dapat dipastikan kesahihannya.Pokoknya, apabila kita lakukan apa-apa amal, tidak kira bila, lakukan kerana Allah, dan bukan kerana

3. Apa itu puasa enam dan apakah ganjarannya?
Puasa enam adalah puasa selama enam hari, berturut-turut atau berpisah-pisah, di bulan Syawal. Niatnya adalah: Sahaja aku puasa enam esok hari kerana Allah Ta'ala.Ganjaran puasa Ramadan yang kemudian diikuti dengan puasa enam adalah seperti berpuasa sepanjang tahun.

4. Haruskah seseorang itu puasa enam secara berturut atau boleh dipisah-pisahkan?
Puasa 6 hari di bulan Syawal boleh dilakukan berturut-turut atau dipisah-pisahkan.

5. Wajibkah seseorang itu puasa qadhak Ramadan dahulu jika ingin menunaikan puasa enam di bulan Syawal? Tiada larangan bagi seseorang yang tidak dapat puasa penuh di bulan Ramadan untuk menunaikan puasa enam di bulan Syawal. Akan tetapi, sebahagian ulama mewajibkan dia mengqadak semua puasa tersebut sebelum dia mula berpuasa enam, kerana qadak puasa adalah wajib, sedang puasa enam adalah sunat. Dan wajib didahulukan atas sunat.

6. Bolehkah seseorang itu puasa enam dan berniat sekali qadha' puasa Ramadan?
Ulama berselisih pendapat tentang qadha puasa Ramadan dan puasa enam, mana satukah yang perlu didahulukan. Ada ulama berpendapat bahawa wajib qadha dahulu sebelum puasa enam, kerana qadha adalah wajib dan puasa enam adalah sunat, dan wajib perlu didahulukan atas sunat.Ulama lain pula berpendapat bahawa boleh puasa enam dahulu sebelum puasa qadha. Untuk jalan keluar, sekiranya seseorang itu mampu, hendaklah dia qadha puasanya dahulu sebelum puasa enam. Tetapi jika tidak mampu, maka boleh puasa enam dahulu.Tetapi tidak dibolehkan niat puasa enam dan qadha sekaligus kerana wajib dan sunat tidak boleh disatukan dalam satu

7. Apakah hukumnya jika saya berpuasa pada hari Juma'at dalam bulan Syawal untuk menunaikan Puasa Enam?
Puasa enam sangat digalakkan dalam Islam. Ia boleh dilakukan berturut-turut atau berpisah-pisah harinya. Adab dan rukunnya adalah sama seperti puasa wajib.Puasa sunat pada hari Jumaat adalah makruh dalam mazhab Syafii sekiranya ia tidak digandingkan dengan puasa pada hari Khamis atau hari Sabtu. Dalam erti kata lain, seseorang itu digalakkan agar berpuasa juga pada hari Khamis sebelumnya, atau hari Sabtu selepasnya. Ini adalah kerana hari Jumaat adalah hari perayaan dalam Islam, maka Rasulullah s.a.w tidak menggalakkan seseorang itu berpuasa pada hari Jumaat kecuali jika dia berpuasa pada hari sebelum atau sesudahnya.

8. Bolehkah seseorang itu berpuasa pada hari Sabtu sahaja tanpa berpuasa pada hari sebelum atau selepasnya?Berpuasa pada hari Sabtu bersendirian adalah makruh, iaitu tidak disertakan puasa pada hari sebelum atau sesudahnya. Ini adalah kerana Islam menghormati agama lain, dan hari Sabtu adalah hari perayaan orang-orang Yahudi, sepertimana hari Jumaat adalah perayaan orang Islam, dan hari Ahad untuk orang Nasrani. Maka, Rasulullah s.a.w tidak menggalakkan kita berpuasa pada hari Jumaat sehingga Ahad jika tidak diikuti dengan puasa pada hari sebelum atau sesudahnya. Namun, puasa itu tetap sah.Hukum ini adalah untuk semua puasa sunat, termasuk puasa enam Syawal.

9. Adakah dibolehkan berpuasa selepas 15 Syaaban?
Dibolehkan berpuasa selepas 15 Syaaban bagi mereka yang sudah terbiasa berpuasa, seperti puasa Isnin dan Khamis, atau ingin puasa qadak. Jika berpuasa mutlak sahaja tanpa apa-apa tujuan, maka ia makruh.

10. Benarkah orang yang tidak pernah berpuasa sunat dilarang berpuasa pada pertengahan hingga akhir Sya’ban?
Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Rasulullah S.A.W. bersabda: “Apabila telah sampai pertengahan Sya'aban, maka berhentilah puasa.”Para ulama berselisih pendapat tentang hukum hadith ini. Sebahagian mengatakan bahawa hadith ini lemah. Sebahagian yang lain pula menerima hadith ini dan berpendapat bahawa hukum berpuasa selepas Nisfu Sya'ban adalah makruh sahaja, kecuali bagi mereka yang sudah terbiasa berpuasa, seperti puasa Isnin dan Khamis, dan juga mereka yang perlu membayar qadha' puasa Ramadan yang lepas.

11. Bolehkah diteruskan puasa sunat seseorang yang sentiasa terlupa melafazkan niat?
Puasa sunat boleh diteruskan walaupun seseorang itu terlupa berniat pada malam sebelumnya, selagi mana dia berniat puasa sebelum waktu Zohor. Jika dia berniat selepas waktu Zohor, maka tidak sah niat tersebut dan tidak sah puasa itu.

12. Bolehkah seseorang itu berpuasa pada hari ‘Asyura sahaja atau haruskah dia berpuasa pada kesemua sepuluh hari pertama bulan Muharram?
Adalah sunnah untuk berpuasa pada sepuluh hari pertama bulan Muharram. Walau bagaimanapun, dibolehkan juga untuk berpuasa pada hari ‘Asyura sahaja, dengan syarat ia tidak jatuh pada hari Sabtu.Jika hendak berpuasa pada hari Sabtu, hendaklah diikuti dengan puasa pada hari Jumaat atau Ahad.