Saturday, January 31, 2009
MAJLIS PERPISAHAN DAN PERSARAAN
SELAMAT HARI LAHIR PK PETANG
Birthday Cake
.Persidangan meja panjang... Nak makan pun sibuk bincang masalah ummah. Itulah guru...
Friday, January 30, 2009
KEJOHANAN BOLA JARING BAWAH 15 DAN 18 TAHUN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH KERIAN TAHUN 2008
Barisan pemain bola jaring SMKSP 2009 bergambar kenangan dengan jurulatih mereka, Pn. Siti Ajar, Pn. Sabariah dan Pn. Hjh Aliza.
Warming up sebelum turun ke gelanggang.
Sebahagian aksi pemain semasa perlawanan berlangsung.
Tuesday, January 20, 2009
PELANCARAN TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR SIDANG PETANG
Badan Kebajikan pelajar (sidang petang) adalah di bawah kelolaan Puan Rosnah bt. Sulaiman dan En. Mohd Najeeb b. Abd. Rahim. Badan ini bertanggungjawab mencari dana melalui kutipan derma bagi membantu pelajar-pelajar yang memerlukan atau ditimpa musibah seperti kebakaran, kematian ibubapa dan seumpamanya. Pada tahun ini, badan kebajikan pelajar
mengambil inisiatif untuk mengadakan kutipan derma ikhlas setiap hari Jumaat dari kelas ke kelas bagi memberi peluang kepada pelajar dan juga guru yang ada sedikit kemampuan membantu rakan-rakan atau murid yang memerlukan.
Hasil kutipan derma setiap minggu akan dimasukkan ke dalam Tabung Kebajikan Pelajar (Sidang Petang) dan akan digunakan untuk membantu individu yang memerlukan.
Semoga melalui amalan ini, para pelajar terdidik untuk menjadi warga yang prihatin dan sensitif terhadap masyarakat sekeliling. "Erti Hidup Pada Memberi".
En. Rashid Japar (PK Petang) telah merasmikan Pelancaran Tabung Kebajikan Pelajar.
Sunday, January 18, 2009
MAJLIS 'ASYURA
Seperti tahun-tahun lepas, KGKT SMKSP telah menganjurkan majlis membuat bubur asyura sempena bulan Muharam 1430H. Pn. Siti Ajar dipertanggungjawabkan memastikan bubur asyura ini 'menjadi'. Tahun lepas pun beliau juga yang menjadi 'chef'. Kali ini pun bubur asyura disediakan sebanyak 3 periuk besar (periuk je besar... asyuranya separuh je...)
Guru-guru lain diberi tugas pra-memasak seperti merebus kacang, keledek dan lain-lain yang diperlukan dan dibawa ke tempat memasak pada hari tersebut. Asyura yang disediakan tentulah asyura Perak. Hasrat nak merealisasikan asyura Kelantan pada tahun ni tak terlaksana... satu sebab tiada bahan 'rempah asyura', dan satu lagi, ada ke yang sanggup tunggu asyura tu sampai petang???
Awatnya chef? Depa salah kacau ke??? Ikut arah jam ke lawan arah jam?
Bantuan makanan sedang dicatu...
Semua orang dapat, jangan risau.