;

Saturday, February 28, 2009

3 JOHAN, 2 NAIB JOHAN


NAMA AKTIVITI:MAJLIS TADARUS AL-QURAN (MTQ)
PERINGKAT:ZON PARIT BUNTAR
TARIKH:28 FEB. 2009
TEMPAT: SABK AL-FALAH, PARIT TOK NGAH



Tahniah kepada team SMK Seri Perak, para jurulatih dan juruletih kerana telah memenangi beberapa acara yang disertai di dalam MTQ kali ini. Acara-acara tersebut ialah:

1) Nasyid - Johan: Kumpulan Al-Mukminun
2) Marhaban - Johan: Kumpulan Az-Zaakirin
3) Syarahan agama (P) - Johan : Nor Amanina bt. Ruslan (2G)
4) Syarahan agama (L) - Naib Johan : Isma Daniel
5) Hafazan (L) - Naib Johan : Khairul Anwar
6) Khat (P) - Tempat ke-3 : Nurnajati Aqilah bt. Mohd Faisal (3G)

Sayangnya pasukan kita 'terlepas' dua tempat dalam Pertandingan Tilawah Al-Quran kerana tersalah memilih surah bagi kategori sekolah rendah (kesilapan yang tidak disengajakan), walaupun bacaannya amat baik tetapi dibatalkan.

Keseluruhannya pasukan SMK Seri Perak tetap membanggakan walaupun pada tahun ini kita tidak dapat mengekalkan pasukan terbaik yang dimenangi pada tahun lepas. Pada tahun ini tuan rumah iaitu SABK Al-Falah memenangi pasukan terbaik keseluruhan setelah mendapat tempat bagi 7 acara.

Tahun depan, Insyaallah SMK Seri Perak pula akan menjadi tuan rumah MTQ Zon Parit Buntar. semoga tahun depan pasukan kita dapat mengungguli semua acara yang dipertandingkan, amin...



Monday, February 23, 2009

Nama-nama isteri dan anak Rasulullah s.a.w.

Isteri-isteri Rasulullah :
1)Khadijah binti Khuwailid r.a.
2)Saudah binti Zum'ah r.a.
3)Aisyah binti Abu Bakar r.a.
4)Hafsah binti Omar Al-Khattab r.a.
5)Zainab bin Jahsyin r.a.
6)Zainab binti Khuzaimah r.a.
7)Ummu Salamah (Hindon binti Abi Umaiyah) r.a.
8)Ummu Habibah (Ramlah binti Abi Sufian) r.a.
9)Juwairiyah binti Al-Harith r.a.
10)Maimunah binti Al-Harith
11)Safiah binti Hoiyi bin Ahtab r.a.
12)Mariyah Al-Qibtiyah


Hanya seorang sahaja isteri Rasulullah yang gadis ketika berkahwin dengan baginda iaitu Aisyah binti Abu Bakar Al-Siddiq.
Manakala yang lainnya adalah janda atau balu yang kematian suami.
Jika dilihat kepada sirah, tujuan Rasulullah s.a.w. mengahwini seseorang isteri baginda selain daripada diperintah oleh Allah s.w.t. dan membela nasib balu syuhada' ialah sebagai strategi dakwah Islamiyyah itu sendiri. Apabila baginda mengahwini wanita janda dari sesuatu kaum, mereka rasa dihormati lalu kaum tersebut memeluk Islam. Jadi perlu ditegaskan bahawa Rasulullah bukan berkahwin kerana mengikut kata hati / nafsu.

Anak-anak Rasulullah dengan Khadijah :
1) Al-Qasim
2) Abdullah
3) Zainab
4) Ruqaiyah -berkahwin dgn Uthman b. Affan
5) Ummu Kalthum-berkahwin dgn Uthman b. Affan
6) Fatimah- berkahwin dgn Ali b. Abi Talib

Anak Rasulullah dengan Mariyah Al-Qibtiyah :
1) Ibrahim

Kesemua anak lelaki Rasulullah s.a.w. meninggal dunia ketika masih di usia kecil. Hikmahnya ialah untuk menolak fahaman yang menganggap anak Rasulullah akan jadi rasul seterusnya, kerana telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah penutup segala nabi. Wallahu a'lam bissowab.

Friday, February 13, 2009

PERINGATAN BUAT UMAT ISLAM

LARANGAN MENYAMBUT VALENTINE’S DAY

UCAPAN seperti Happy Valentine’s Day, Will You Be My Valentine serta pemberian hadiah jambangan ros merah, belon berbentuk hati yang tertera I Love You, malah sehingga sanggup bertatu adalah antara sebahagian cara yang popular setiap kali tibanya Hari Kekasih atau Valentine’s Day pada setiap 14 Februari.

Umat Islam dilarang keras menyambut atau meraikan ’Hari Kekasih’ pada 14 Feb ini kerana sebab-sebab tertantu;
1- Valentine’s Day bukan perayaan yang dianjurkan dalam Islam, bahkan ia adalah tradisi dan ritual agama penganut Kristian.
2- Perayaan Valentine’s Day (Hari Kekasih) jelas merupakan acara yang jauh tersasar, bercanggah dan tiada kaitan dengan Islam.
3- Perayaan Hari Kekasih adalah simbol penghormatan kepada paderi kristian.
4- Menyambut hari kekasih bermakna meniru tingkahlaku orang kafir malah bukan sahaja satu budaya meniru bahkan tanda memberi sokongan kepada mereka.

Sejarah Hari Kekasih Perayaan Valentine’s Day atau Hari Kekasih dikaitkan dengan seorang paderi bernama Valentine @ Valentinus.. Siapakah dia St Valentine dan mengapakah beliau dikaitkan dengan perayaan Hari Kekasih di seluruh dunia ini?

Ada pelbagai versi asal-asul Hari Kekasih . Pihak gereja Katholik mengenal pasti sekurang-kurangnya tiga paderi bernama Valentine @ Valentinus yang dikaitkan dengan mitos ini. Ketiga-tiga paderi ini menerima pengakhiran hidup yang sama iaitu mati dibunuh.

Versi 1

St Valentine yang dikatakan sebagai seorang paderi yang berkhidmat dengan kerajaan Rom pada kurun ke-3 Masihi. Maharaja Claudius II mengeluarkan arahan melarang pemuda berkahwin dengan alasan pemuda bujang dapat memberi komitmen, taat setia dan khidmat yang lebih baik sebagai tentera Rom. St Valentine menganggap arahan Maharaja tidak adil. Lalu, secara rahsia terus mengahwinkan pasangan muda-mudi yang bercinta. Apabila kegiatan paderi ini terbongkar, Maharaja Claudius II memerintahkan beliau dihukum bunuh.

Versi 2

St Valentine dibunuh atas cubaan membebaskan tahanan beragama Kristian daripada kekejaman dan keganasan penjara kerajaan Rom. Sewaktu di penjara, dia bersahabat rapat dengan seorang gadis anak kepada pegawai penjara itu. Sebelum dibunuh, St Valentine menulis surat kepada kekasihnya itu dan menandatanganinya dengan ungkapan From Your Valentine.

Mengapakah 14 Februari dipilih sebagai merayakan perayaan hari memperingati kekasih ini?

Tanggal 14 Februari 269 Masihi adalah tarikh St Valentine dijatuhi hukuman mati. Lalu, untuk mengingati dan menghormati dirinya yang dianggap sebagai wira cinta, tokoh yang dikaitkan dengan sifat kasih sayang serta sanggup berkorban demi persahabatan, Pope Gelasius, pada 496 Masihi mengisytiharkan 14 Februari sebagai ‘St Valentine’s Day’. Sejarah St Valentine telah lama berlalu walaupun masih terus diselubungi misteri. Namun, sesuatu yang pasti, sambutan Hari Kekasih ini berkait rapat dengan tradisi penganut agama Kristian dan kepercayaan masyarakat Rom kuno.

Versi 3

Ia dirayakan sempena kejatuhan Islam di Cordova, Sepanyol. St. Valentine merupakan orang yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Dengan jasanya itu, Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 adalah tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim. Bayangkan kalau kita meraikan hari ini, sudah tentu ia menandakan kita sendiri merayakan kejatuhan agama Islam itu.

Hakikatnya, umat Islam perlu sentiasa diingatkan bahawa jangan mudah terikut dengan sesuatu perkara tanpa mengetahui asal usulnya, sejarah dan latar belakang serta terima sewenang-wenangnya tanpa memeriksa unsur kebatilan dan kekufurannya.

Firman Allah yang bermaksud;
Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungjawabnya. (Surah al-Isra’ ayat 36)

Sebagai orang Islam, kita mesti berusaha memelihara diri dan iman dan jangan mudah terkesan dengan perang psikologi dan budaya yang merosakkan ini. Namun sikap terikut-ikut ini pernah disebut dan ditegah oleh Baginda Rasulullah S.A.W dengan sabdanya yang bermaksud: “Nescaya kamu akan turut jejak langkah mereka (Yahudi dan Nasrani ) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang biawak. Lantaran sahabat bertanya: Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka.’’

Sumber:
posted by Mujahid Islam (http://www.mujahidinsandakan.blogspot.com/)

Thursday, February 12, 2009

PUNGUTAN PINGAT KESELURUHAN KEJOHANAN OLAHRAGA MSSS SMKSP KALI KE 36

1) SIGMA - EMAS (25), PERAK (15), GANGSA (22)
2) GAMMA - EMAS (23), PERAK (17), GANGSA (14)
3) BETA - EMAS (22), PERAK (36), GANGSA (26)
4) ALFA - EMAS (18), PERAK (17), GANGSA (21)

Tahniah kepada SIGMA kerana berjaya mempertahankan kejuaraan kali keenam berturut-turut.
Tapi jika dikira jumlah pungutan pingat, BETA adalah juara!!!(Nak juga jadi juara).

Semoga berjumpa lagi di Kejohanan Olahraga 2010...

Monday, February 9, 2009

SEKITAR HARI SUKAN 2

Apa yang dipandang tu Sir Azmi?





Pengawal bendera.

Peserta drp kelas Pend. Khas PBSM.

Khemah utama.


Mencari tempat berteduh... sambil menonton dari jauh...

Gerai Pengawas Gerai Usahawan Muda

Sempat lagi 'enterframe'

Jaguh Padang!!!



Guru Kanan Bahasa, Pn. Che Su menyampaikan pingat kepada pemenang.


Cikgu Ibrahim (PK HEM SMK Panglima) diiringi Tn. Hj Rosli menyampaikan hadiah.




Cikgu Mohd Faisal Abu Bakar menyampaikan hadiah kepada pemenang.


Sunday, February 8, 2009

SEKITAR HARI SUKAN 1



Dee Jay... Pengurus hadiah



Pegawai Statistik, Pn Norhafizoh dan Pn. Nadwah.

Pengurus penerima hadiah. Mr. P.A System.


Setiap amanah yang diberi dilaksanakan dengan penuh dedikasi... ceria... gembira...

Cikgu Azzat turut hadir memberi sokongan.

Pelepas yang diimport khas dari Maktab Tuanku Bainun.
Gaya seorang 'cameraman'.

Santai... Gaya kita serupa!!!


Gerai Pendidikan Khas


Pn. Hjh Raihan sedang menguruskan peserta rumah Gamma








Bangsal panas... Barisan Hakim



Pencatat hakim. Yang kat belakang tu enterframe je... Jgn mare!







"Penangkap" nombor kedudukan.


"Lu apa hal?"



Cikgu Rahafidah ceria menjalankan tugas.







Nak masuk blog jugak...


Orang kuat sukan kita, Tn Hj Rahim.
Cantik topi...
Pn. Rohani 'berkorban' membawa anak ke padang demi tugas.
Angkatan penjaga masa yang diketuai Cikgu Abdullah Sani

Berehat sekejap: jururakam; Pn Hanim dan Sir Nor Azli bersama Ustaz Amli dan Tn Hj Rosli.







Menonton... Pengetua Kanan bersama PK Petang.

Ustaz Ahmad dan Cikgu Faishal Asamani sempat lagi 'control hensem'.


Perasmian penutup oleh Pengetua Kanan, Tn. Hj Idris b. Abdullah.









Seiring dan sejalan...


Tetap 'maintain' walaupun keletihan.
Senyum sokmo...